JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:
Cadangan Penjualan Tanah Milik Baitulmal Majlis Agama Islam Melaka Kepada Orang Bukan Islam (Non-Bumi)
Kategori: Zakat
Tahun: 2015
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: N/A
Keputusan
:
Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka Bil. 1/2012 yang bersidang pada 20 Rabiulakhir 1433H bersamaan 13 Mac 2012 telah membincangkan mengenai Cadangan Penjualan Tanah Milik Baitulmal Majlis Agama Islam Melaka Kepada Orang Bukan Islam (Non-Bumi). Mesyuarat telah membuat keputusan seperti berikut :
 
  1. Baitulmal berperanan sebagai tempat khusus untuk menyimpan harta atau khazanah umat Islam. Baitulmal ditadbir oleh Majlis Agama Islam Negeri-negeri selaras dengan Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan urusan agama di bawah senarai negeri. Secara undang-undangnya, Baitulmal yang ada pada hari ini adalah perbendaharaan keagamaan khusus untuk orang Islam sahaja. Ini selaras dengan Akta Kewangan Negara 1957, Seksyen 61 menetapkan bahawa harta awam tidaklah termasuk harta zakat fitrah. Baitulmal atau hasil kebajikan umat Islam.
 
  1. Justeru itu, Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) melalui Bahagian Wakaf dan Sumber Am hanya bertindak sebagai pengurus Baitulmal yang merupakan perbendaharaan umat Islam di negeri ini selaras dengan peruntukan subseksyen 69 (3) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Melaka) 2002. Oleh kerana aset yang dimiliki oleh Baitulmal itu adalah untuk kepentingan umat Islam, maka dari segi awlawiyyat (keutamaan) penjualan tanah tersebut hendaklah ditawarkan kepada umat Islam negeri ini walaupun dengan menurunkan harganya supaya dapat mendatangkan maslahah kepada mereka.
 
  1. Tindakan membuka jualan lot-lot tanah milik Baitulmal yang hakikatnya merupakan aset umat Islam di negeri ini boleh menimbulkan polemik dan menyentuh sensitiviti umat Islam. Di samping itu, penjualan tanah tersebut kepada orang bukan Islam boleh mendatangkan mafsadah (risiko) berbanding maslahah kerana menyebabkan pemilikan harta umat Islam semakin berkurangan dan terhakis sedangkan pemilikan hartanah orang bukan Islam meningkat. Apabila berlaku pertembungan antara mafsadah dan maslahah ummah, maka menghilangkan mafsadah hendaklah didahulukan berbanding menarik maslahah selaras dengan kaedah fiqh yang menyatakan ‘menolak kerosakan hendaklah didahulukan daripada menarik kemaslahatan’ :
 
 [?? ???????? ???? ??? ??? ???????  ]
Klik disini untuk mencetak