JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Cadangan Penetapan Kadar Zakat Fitrah Negeri Melaka Bagi Tahun 1433H/2012M

Kategori: Zakat
Tahun: 2012
Status Pewartaan: Diwartakan
Negeri: Melaka
Keputusan
:

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka bil. 3/2012 yang bersidang pada 20 Sya’aban 1433H bersamaan 10 Julai 2012 telah membincangkan mengenai Penetapan Kadar Zakat Fitrah Negeri Melaka Bagi Tahun 1433H/2012M. Mesyuarat telah membuat keputusan seperti berikut :

 

  1. Harga zakat fitrah Negeri Melaka bagi tahun 1433H/2012M ialah sebanyak RM6.50 seorang;
  2. Penetapan kadar tersebut adalah berdasarkan harga purata beras Super Tempatan Gred A, mengikut timbangan satu gantang Baghdad bersamaan 2.6 kilogram;
  3. Semua umat Islam yang tinggal atau bekerja di Negeri Melaka hendaklah membayar zakat fitrah kepada amil-amil yang dilantik oleh Majlis Agama Islam Melaka bagi tahun 1433H/2012M; dan
  4. Menyiarkan keputusan ini dalam Warta Kerajaan Negeri Melaka sebagai fatwa.

 

Klik disini untuk mencetak