JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Permohonan Menunaikan Solat Jumaat Di Kilang Honda Malaysia Sdn. Bhd., Alor Gajah Melaka

Kategori: Ibadah
Tahun: 2012
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Melaka
Keputusan
:

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka bil. 3/2012 yang bersidang pada 20 Sya’aban 1433H bersamaan 10 Julai 2012 telah membincangkan mengenai Permohonan Menunaikan Solat Jumaat Di Kilang Honda Malaysia Sdn. Bhd., Alor Gajah Melaka. Mesyuarat telah membuat keputusan seperti berikut :

 

  1. Solat Jumaat tidak harus diadakan di dalam premis kilang Honda Malaysia buat masa ini kerana cadangan lokasi tapak mengadakan solat Jumaat di ruang ‘Buy Off Area’ didapati tidak sesuai.
  2. Kebenaran mengadakan Solat Jumaat boleh diberikan kepada kilang Honda Malaysia dengan syarat pihak pengurusan dapat menyediakan binaan atau tempat yang khusus untuk mengadakan solat jumaat (bukan ruang gunasama) disamping memenuhi syarat-syarat asas yang lain seperti keperluan pegawai syarak dan kewujudan pemastautin.
  3. Adalah dicadangkan supaya pihak Honda Malaysia dapat mendirikan binaan yang sesuai untuk mengadakan solat Jumaat di atas lot tanah yang telah dibeli untuk pembinaan masjid.
  4. Pemohon perlu mengemukakan semula permohonan kepada Jawatankuasa ini sekiranya syarat yang dinyatakan telah dapat dipenuhi untuk pertimbangan selanjutnya.

 

Klik disini untuk mencetak