JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Pendermaan Ginjal

Kategori: Perubatan
Tahun: 1997
Status Pewartaan: Diwartakan
Negeri: Sarawak
Keputusan
:

Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak kali ke 3 pada 16 Jamadilakhir 1418H/ 18 Oktober 1997M telah memutuskan:


"BAHAWA pendermaan organ ginjal atau buah pinggang kepada pesakit buah pinggang adalah harus tertakluk kepada syarat-syarat seperti berikut:


(1) DERMA DARI YANG HIDUP


Syarat-syaratnya adalah seperti berikut:


(a) Penderma rela dengan ikhlas hati menderma organ ginjal atau buah pinggangnya;


(b) Disahkan oleh pakar perubatan bahawa pendermaan itu tidak akan membahayakan kesihatan si penderma; dan


(c) Tidak dilakukan dengan cara jual-beli


(2) DERMA DARI YANG MATI


Syarat-syaratnya adalah seperti berikut:


(a) Sebelum meninggal dunia penderma telah menyatakan kerelaannya untuk mendermakan organ ginjal atau buah pinggangnya itu kepada orang lain setelah dia meninggal dunia atau diizinkan oleh wali atau ahli warisnya untuk berbuat demikian dan tidak pula dilakukan dengan paksaan;


(b) Disahkan oleh pakar perubatan bahawa organ ginjal atau buah pinggang yang didermakan itu masih boleh dimanfaatkan oleh pesakit buah pinggang yang memerlukannya;


(c) Hendaklah dipastikan bahawa pemindahan organ ginjal atau buah pinggang itu semata-mata untuk berubat; dan


(d) Tidak dilakukan dengan cara jual-beli

Klik disini untuk mencetak