JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Anak Tak Sah Taraf

Kategori: Munakahat
Tahun: 2000
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Sarawak
Keputusan
:

Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak kali ke 5 pada 20 Rabiulakhir 1421H/ 22 Julai 200M membincangkan mengenai Anak Tak Sah Taraf telah sebulat suara dan bersetuju bahawa :

 

1. Istilah penggunaan anak haram atau luar nikah perlu ditukar dan dipopularkan kepada anak tak sah taraf kerana penggunaan anak haram atau anak luar nikah memberi gambaran yang kurang baik dari segi psikologi terhadap kanak-kanak tersebut.

 

2. Nasab tidak boleh disabitkan bagi kanak-kanak yang dilahirkan kurang 6 bulan dari perkahwinan dan sabit nasab bagi sesiapa yang diperanakkan 6 bulan atau lebih sekalipun benih itu dari suami yang melakukan zina dengan perempuan tersebut.

 

3. Seorang anak tak sah taraf disisi kemanusiaan adalah manusia biasa hendaklah digauli dan diberi hak yang sama sebagaimana anak-anak yang lain seperti diberi perlindungan nafkah dan lain-lain. Manakala dari segi hukum syarak tertakluk kepada pegangan Mazhab As-Syafie.

 

4. Dalam masalah anak tak sah taraf hendaklah berpegang kepada Mazhab AS-Syafie kerana Mazhab tersebut merupakan ikutan dan amalan negara kita. Kita tidak boleh bertolak-ansur dalam perkara ini terutama ketika menghadapi gejala sosial yang semakin gawat

Klik disini untuk mencetak