JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Laporan Siasatan Bahagian Penyelidikan JAIM Mengenai Aktiviti Meragukan Di Surau Madrasah Tahfiz Kg. Tengkera

Kategori: Akidah
Tahun: 2012
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Melaka
Keputusan
:

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka bil. 5/2012 yang bersidang pada 20 Muharram 1434H bersamaan 4 Disember 2012 telah membincangkan mengenai Laporan Siasatan Bahagian Penyelidikan JAIM Mengenai Aktiviti Meragukan Di Surau Madrasah Tahfiz Kg. Tengkera. Mesyuarat telah membuat keputusan seperti berikut :

 

Pegangan, ajaran dan amalan Panji Langit diketuai oleh En. Jaafar bin Robbani didapati menyeleweng kerana mengandungi unsur-unsur yang bercanggah dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Antara ciri-ciri penyelewengan ajaran ini adalah seperti berikut :


  1. Pengamal mendakwa bahawa dirinya sebagai pengantara Malaikat Jibril
  2. Pengamal mendakwa boleh mentafsir dosa orang yang datang berubat
  3. Pengamal mendakwa dirinya diutuskan untuk membunuh Dajjal
  4. Pengamal mendakwa dirinya sebagai pemegang takdir pembinasa Dajjal
  5. Pengamal meminta supaya beriman dengan dirinya dan rahsianya
  6. Pengamal mendakwa bahawa dirinya itu adalah peringatan terakhir untuk alam ini.
  7. Menyatakan bahawa kiamat akan berlaku pada 21 Disember 2012
  8. Kedua-dua OYDS dan mana-mana pengikutnya hendaklah ditegah daripada meneruskan aktiviti tersebut di Surau Madrasah Tahfiz Kampung Tengkera, Melaka atau mana-mana premis.
  9. Laman blog kumpulan ini di alamat URL http://panjilangit.blogspot.com atau di mana-mana URL hendaklah disekat serta-merta.
  10. Kegiatan dan aktiviti OYDS, pengikut dan ahli kumpulannya hendaklah dipantau dari semasa ke semasa dan dilaporkan kepada Jabatan Mufti Melaka khususnya pada tarikh 21 Disember 2012 yang dikatakan oleh OYDS 2 akan berlaku kiamat.
  11. Orang Islam di mana-mana jua berada, yang telah mengikuti atau mempercayai ajaran dan amalan Panji Langit yang dibawa oleh Jaafar bin Robbani dan pengikutnya hendaklah segera meninggalkan ajaran tersebut dan memohon keampunan kepada Allah Subhanahu Wata’ala
  12. Tindakan penguatkuasaan hendaklah diambil berdasarkan peruntukan undang-undang sekiranya OYDS masih meneruskan ajaran, amalan atau aktiviti yang bercanggah dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah setelah nasihat yang sewajarnya diberikan.
  13. Sijil Tauliah Mengajar Agama dan pelantikan sebagai Imam 2 Masjid Tengkera yang diberikan kepada En. Muhammad Alias bin Mohd Mokhtar hendaklah ditarik balik dan dibatalkan sekiranya beliau tidak menghentikan aktiviti berkenaan dengan serta merta.

 

Klik disini untuk mencetak