Lagu Getaran Jiwa Nyanyian Bersama Kumpulan KRU dan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee
Mesyuarat lembaga Fatwa Negeri Sarawak kali ke 3 pada 16 Jamadilakhir 1418H/ 18 Oktober 1997M telah membincangkan pandangan Islam tentang muzik yang mana ianya dibolehkan asalkan :-
i. Tidak mengkhayalkan sehingga lupa kepada kewajipan
ii. Tidak mengandungi unsur-unsur lucah
iii. Tidak mengarah kepada perbuatan dosa
iv. Tidak memberangsangkan nafsu
v. Tidak berlebih-lebihan dalam berhibur
vi. Tidak menghilangkan nilai-nilai akhlak Islamiah
vii. Tidka mengandungi perkataan atau perbuatan yang menyalahi aqidah, syariah dan akhlak Islamiah
Berhubung dengan penggunaan teknologi canggih untuk membolehkan manusia yang hidup berduet dengan penyanyi yang telah meninggal, Jawatankuasa memutuskan perbuatan tersebut tidak dilarang oleh Islam asalkan tidak bertentangan dengan syarat-syarat yang disebut di atas