JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Syarikat Rufaqa' Corporation Sdn. Bhd. (Bekas Pengikut Kumpulan Darul Arqam)

Kategori: Akidah
Tahun: 2006
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Sarawak
Keputusan
:

Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak Kali Kesebelas, yang bersidang pada 10 Zulkaedah 1427H/ 1 Disember 2006M telah membincangkan mengenai Laporan Kegiatan Syarikat Rufaqa' Corporation Sdn. Bhd. (Bekas Pengikut Kumpulan Darul Arqam) (Sarawak) dan mesyuarat bersetuju menerima keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Kali ke 75 pada 12 September 2006 Mesyuarat telah membuat keputusan seperti berikut :

 

  1. "Mana-mana orang Islam secara individu atau berkumpulan melalui pertubuhan, persatuan atau syarikat yang menjadi ahli jamaah atau pengikut Syarikat Rufaqa' Corporation Sdn. Bhd. (SRC) dan rangkaian syarikat gabungannya adalah mengamalkan ajaran, pegangan dan fahaman yang menyeleweng daripada ajaran Islam;
  2. Mana-mana orang Islam secara individu atau berkumpulan melalui pertubuhan, persatuan atau syarikat yang menjadi ahli jamaah atau pengikut Syarikat Rufaqa' Corporation Sdn. Bhd. (SRC) dan rangkaian syarikat gabungannya dengan berselindung di sebalik apa-apa aktiviti-aktiviti ekonomi, perniagaan, pendidikan, kesenian, perubatan, pembinaan, pertanian, perladangan, telekomunikasi atau apa-apa aktiviti lain yang berhubungkait dengan SRC dan apa-apa ajaran yang mempunyai unsur-unsur persamaan dengan ajaran, pegangan dan fahaman kumpulan al-Arqam, adalah mengamalkan ajaran, pegangan dan fahaman yang menyeleweng daripada ajaran Islam;
  3. Mana-mana orang Islam secara individu atau berkumpulan melalui pertubuhan, persatuan atau syarikat yang cuba menghidupkan kembali ajaran dan fahaman Kumpulan al-Arqam sama ada melalui Syarikat Rufaqa' Corporation Sdn. Bhd. (SRC), rangkaian syarikat gabungannya atau mana-mana pertubuhan, persatuan atau syarikat yang mempunyai unsur-unsur persamaan dengan ajaran, pegangan dan fahaman Kumpulan al-Arqam adalah mengamalkan ajaran, pegangan dan fahaman yang menyeleweng daripada ajaran Islam;
  4. Mana-mana orang Islam secara individu atau berkumpulan melalui pertubuhan, persatuan atau syarikat yang mengamalkan ajaran, pegangan dan fahaman yang disebut di dalam subperenggan (i), (ii) dan (iii) adalah mengamalkan ajaran, pegangan dan fahaman yang bertentangan dengan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah;
  5. Apa-apa variasi, versi, bentuk atau cabang mana-mana ajaran, pegangan atau fahaman Kumpulan al-Arqam dan ajaran, pegangan atau fahaman ahli jamaah SRC atau apa-apa ajaran, pegangan atau fahaman kumpulan baru yang mempunyai persamaan dengan unsur-unsur ajaran, pegangan dan fahaman Kumpulan al-Arqam dan ahli jamaah SRC adalah bertentangan dengan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah dan menyeleweng daripada ajaran Islam; atau
  6. Apa-apa jua bahan publisiti yang menonjolkan atau menghidupkan ajaran Kumpulan al-Arqam dan ajaran, pegangan atau fahaman ahli jamaah SRC atau apa-apa ajaran, pegangan atau fahaman kumpulan baru yang mempunyai persamaan dengan unsur-unsur ajaran, pegangan dan fahaman Kumpulan al-Arqam dan ahli jamaah SRC dalam apa jua bentuk penerbitan dan cetakan adalah diharamkan".
Klik disini untuk mencetak