JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Menaikkan Taraf Surau Kepada Masjid Jamaah

Kategori: Ibadah
Tahun: 2002
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Sarawak
Keputusan
:

Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak Kali ke 7 pada 27 Jun 2002M telah memutuskan seperti berikut:


1. Tujuan kertas kerja dibuat adalah untuk menjadikan surau-surau di Negeri Sarawak ini sebagai MASJID JAMAAH supaya lebih hampir kepada kehendak syarak sekaligus dapat membentuk pengurusan yang lebih kemas dan teratur


2. Hukum Iktiqaf dan Sembahyang Tahiyatul Masjid di surau-surau menimbulkan kekeliruan di kalangan masyarakat Islam samaada ianya disunatkan atau tiada


3. Setelah merdeka, keadaan bangunan dan fizikal surau telah berubah yang mana ianya menyamai bangunan-bangunan Masjid. Ada setengah-setengah surau mendirikan sembahyang Jumaat dengan kelulusan daripada Majlis Islam Sarawak tetapi masih lagi dikenali sebagai Surau


4. Untuk menghapuskan kekeliruan yang berlaku di tengah-tengah masyarakat, berhubung dengan Iktiqaf dan Sembahyang Tahiyatul Masjid di surau-surau maka dicadangkan supaya surau-surau di seluruh negeri Sarawak yang menepati ciri-ciri dan memenuhi kriteria yang telah ditetapkan oleh Majlis Islam Sarawak dijadikan Masjid Jamaah. Sementara surau-surau yang telah mendirikan Sembahyang Jumaat dijadikan Masjid Jamek. Surau-surau di pejabat-pejabat dan tempat-tempat seumpamanya masih kekal dikenali sebagai surau atau Mushalla


5. Cadangan ini tidak melibatkan sebarang implikasi kewangan akan tetapi ianya memerlukan penerangan dan penjelasan daripada agensi agama kepada Jawatankuasa Surau yang difikirkan sesuai untuk dijadikan Masjid Jamaah


6. Sesebuah surau hanya dijadikan sebagai Masjid Jamaah apabila memenuhi kriteria-kriteria yang telah ditetapkan oleh Majlis Islam Sarawak seperti berikut :-


a. Tapak tanah untuk mendirikan sebuah surau mempunyai surat hak milik sama ada diwakafkan atau dikurnia oleh kerajaan


b. Mempunyai Lembaga Amanah di bawah Charitable Trusts Ordinance 1994 atau Jawatankuasa Pengurusan yang dipilih penduduk kampung yang diikitraf oleh Majlis Islam Sarawak


c. Mempunyai pegawai-pegawai surau yang tetap


d. Mendirikan sembahyang 5 waktu berjemaah dan;


e. Mempunyai keupayaan, menjaga kemuliaan dan kebersihan masjid

 

Klik disini untuk mencetak