JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Ikrah (Paksaan)

Kategori: Jenayah
Tahun: 1999
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Sarawak
Keputusan
:

Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak kali ke 4 pada 24 Syaaban 1420H/ 2 Disember 1999M telah memutuskan bahawa :


1. Ikrah Muljiaan sama ada Maddian atau Maanawian tidak boleh melepaskan hukuman ke atas orang yang dipaksa (mukrah) jika dia melakukan jenyah (jarimah) seperti bunuh, merosakkan anggota badan dan pukulan yang mencederakan sebagaimana firman Allah s.w.t kira-kira bermaksud seperti yang tersebut di bawah ini:


Dan janganlah kamu membunuh jiwa yang telah diharamkan Allah (membunuhnya) melainkan dengan jalan yang hak (yang dibenarkan oleh syarak)”.

(Al-An'am :Ayat 151)

 

Dan orang-orang yang mengganggu serta menyakiti lelaki yang beriman dan orang-orang perempuan yang beriman dan orang-orang perempuan yang beriman dengan perkataan atau perbuatan yang tidak tepat dengan sesuatu kesalahan yang dilakukannya. Maka sesungguhnya mereka telah memikul kesalahan menuduh secara dusta dan berbuat dosa yang amat nyata”.

(Al-Ahzab : Ayat 58)


2. Ugutan boleh dianggap Ikrah sama ada ke atas jiwa orang yang diugut atau ke atas orang lain. Berpegang pada pendapat Mazhab Malikiah kerana ia lebih menyeluruh dna menepati tujuan-tujuan (maqasid) Syariah


3. Ikrah yang boleh melepaskan orang yang dipaksa (mukrah) daripada tanggungjawab jenayah (jarimah) ialah Ikrah Tamma sama ada Maddian atau Maanawian tetapi berdosa seperti menuduh (Qazab), memaki, merosak harta orang lain dan lain-lain seperti yang dinyatakan Al-Quran dalam surah An-Nahlu ayat 106 kira-kira bermaksud: “Kecuali orang-orang yang dipaksa (melakukan kufur) sedang hatinya tetap tenang dalam beriman”.


4. Ikrah yang boleh melepaskan orang yang dipaksa (mukrah) daripada dosa ialah setiap perbuatan diharam oleh syarak melakukannya dalam bidang makanan dan minuman seperti makan bangkai, minum darah dan lain-lain seperti Firman Allah s.w.t dalam Al-Quran surah Al-Baqarah ayat 173. Kira-kira bermaksud “Maka sesiapa terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidak mengingininya dan tidak pula melampaui batas (pada kadar benda yang dimakan itu) maka tidaklah ia berdosa”.

Klik disini untuk mencetak