Pemindahan Organ
Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak Kali ke 1 pada 15 & 16 Rejab 1416H/ 8 & 9 Disember 1995 bersetuju bahawa hukumnya sama dengan hukum pemindahan ginjal dengan syarat-syaratnya seperti berikut:-
(a) Derma Dari Yang Hidup
i. Penderma rela dengan ikhlas hati menderma organnya
ii. Disahkan oleh pakar perubatan bahawa pendermaan itu tidak akan membahayakan kesihatan si penderma, dan
iii. Tidak dilakukan dengan cara jual-beli
(b) Derma Dari Yang Mati
i. Sebelum meninggal dunia penderma telah menyatakan kerelaannya untuk mendermakan organnya itu kepada orang lain setelah dia meninggal dunia atau diizinkan oleh wali atau ahli warisnya untuk berbuat demikian dan tidak pula dilakukan dengan paksaan
ii. Disahkan oleh pakar perubatan bahawa organ yang didermakan itu masih boleh dimanfaatkan oleh yang memerlukannya
iii. Hendaklah dipastikan bahawa pemindahan organ itu semata-mata untuk berubat, dan
iv. Tidak dilakukan dengan cara jual-beli