JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Penentuan Qaryah Jumaat

Kategori: Ibadah
Tahun: 2002
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Sarawak
Keputusan
:

Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak kai ke 7 pada 27 Jun 2002M telah memutuskan bahawa:


1. Solat Jumaat tidak boleh didirikan berbilang-bilang dalam satu kawasan (qaryah) kecuali kerana hajat seperti penduduk begitu ramai dan sukar bagi mereka untuk berkumpul


2. Solat Jumaat di negeri Sarawak ditentukan berdasarkan kepada qaryah. 'Qaryah' menurut pentafsiran lama bagi negeri Sarawak sesuai dengan keadaan waktu itu ialah Kampung-Kampung orang Islam seperti Kampung Buntal, Muara Tebas dan lain-lain


3. Dengan pembesaran Bandaraya Kuching umpamanya dan pertumbuhan kampung-kampung atau kawasan-kawasan perumahan baru serta terdirinya surau atau masjid, permohonan mendirikan sembahyang Jumaat berdasarkan kepada konsep yang lama bertambah banyak. Sedangkan keadaan sedemikian tidaklah selaras dengan kehendak syarak dalam mendirikan Jumaat


4. Bagi mengatasi masalah ini mestilah ada satu dasar yang jelas berhubung dengan Qaryah selaras dengan keadaan perkembangan dan pertumbuhan masyarakat serta selari dengan hukum supaya kebenaran mendirikan Jumaat boleh diberi selaras dengan 'semangat' Jumaat dan selari dengan hukum yang telah ditetapkan oleh Islam dan sejajar dengan pandangan ulama-ulama yang muktabar


5. Adalah dicadangkan supaya Majlis Islam Sarawak menentukan kawasan-kawasan Jumaat mengikut pembahagian Qaryah tertentu dengan menggunakan persempadanan melalui sungai/jalanraya serta mengambil kira kepadatan penduduk dalam suatu kawasan.




 

Klik disini untuk mencetak