JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Alkohol Menurut Pandangan Islam

Kategori: Perubatan
Tahun: 1999
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Sarawak
Keputusan
:

Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak kali ke 4 pada 24 Syaaban 1420H/ 2 Disember 1999M telah memutuskan bahawa:


1. Setiap minuman arak mestilah mengandungi alkohol tetapi bukan semua alkohol itu adalah dari arak. Alkohol dari proses pembuatan arak hukumnya haram dan najis, tetapi alkohol yang dibuat bukan melalui proses pembuatan arak hukumnya tidak najis tetapi haram diminum seperti racun.


2. Minuman ringan yang dibuat sama caranya dengan membuat arak sama ada mengandungi sedikit alkohol atau alkoholnya disuling adalah haram diminum


3. Minuman ringan yang dibuat untuk dijadikan arak atau bahan yang mabuk dan tidak sama caranya dengan proses arak adalah haram


4. Tapai halal dimakan


5. Alkohol yang terjadi dan digunakan sebagai barang sampingan dalam proses pembuatan makanan tidak najis dan boleh dimakan seperti pengawet


6. Ubat-ubatan dan pewangi yang ada mengandungi alkohol adalah harus dan dimaafkan

Klik disini untuk mencetak