JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Sembahyang Tarawih

Kategori: Ibadah
Tahun: 1999
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Sarawak
Keputusan
:

Mesyuarat Fatwa Negeri Sarawak kali ke 4 pada 24 Syaaban 1420H/ 2 Disember 1999M sebulat suara bersetuju bahawa Sembahyang Tarawih adalah dua puluh rakaat berpegang kepada pendapat Mazhab Al-Imam As-Syafie berdasarkan kepada beberapa dalil di antaranya :


i) Al-Hadis - Yazid bin Rauman "Dan datang berita dari Malik, yang diterima dari Yazid bin Rumman mengatakan bahawa orang-orang di zaman Saidina Omar r.a Sembahyang Tarawih dua puluh rakaat dan tiga witir"

(Riwayat Malik dalam Kitab Muwattak)


ii) Sembahyang Tarawih dua puluh rakaat adalah ijma' para sahabat kerana ia telah dilakukan oleh orang Islam sejak dari Zaman Khalifah Omar, Osman dan Ali r.a Telah berkata Al-Kasani bahawa Saidina Omar telah mengumpul para sahabat untuk Sembahyang TArawih dalam bulan Ramadhan diimamkan oleh Ubai bin Kaab dan tidak seorang pun antara mereka yang membantah.


iii) Sembahyang Tarawih lapan rakaat adalah Sunnah RAsul sementara dua puluh rakaat pula adalah Sunnah Khulafa' Ar-Rasyidin, mengikut Sunnah Khulafa' Ar-Rasyidin bererti mengikut Sunnah Rasulullah S.A.W. sebagaimana yang ditegaskan Rasul kira-kira bermaksud : "Hendaklah kamu berpegang kepada sunnah ku dan sunnah Khulafa' Ar-Rasyidin yang mendapat petunjuk dan pegangilah ia dengan sekuat-kuatnya"

Klik disini untuk mencetak