JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Hukum Rakaman Nasyid Berbentuk Doa

Kategori: Sosial/Syariah
Tahun: 2007
Status Pewartaan: Diwartakan
Negeri: Selangor
Keputusan
:

(1) Nyanyian dan seni kata yang memuji Allah dan Rasul atau keindahan makhluk Allah atau kepada tanggungjawab atau mengenai sifat bertaqwa kepada Allah S.W.T. adalah diharuskan;


(2) Jika nyanyian secara berkumpulan di antara lelaki dan perempuan sama ada semasa persembahan atau latihan adalah diharuskan sekiranya tidak bercampur gaul di antara lelaki dan perempuan;


(3) Penyanyi tidak boleh mempersembahkan nyanyian dengan gaya yang memberahikan dan boleh menimbulkan fitnah;


(4) Penyanyi hendaklah memakai pakaian yang menutup aurat;


(5) Tidak memuji makhluk Allah secara berlebihan (bermaksud tidak terkeluar daripada syara'); dan


(6) Sekiranya terdapat ayat Al-Quran yang digunakan sebagai nasyid hendaklah dibaca mengikut hukum tajwid.


 

Klik disini untuk mencetak