Hukum Skim Pinjaman Wang/Pembiayaan Daripada Koperasi Dan Seumpamanya Untuk Menunaikan Fardhu Haji Atau Umrah
(1) Adalah harus seseorang berhutang untuk menunaikan haji atau umrah sekiranya diyakini mampu membayar balik hutang tersebut dan ia tidak menjejaskan kehidupan normalnya.
(2) Skim pinjaman tersebut hendaklah diuruskan melalui badan atau koperasi yang mementingkan prinsip ikhlas, taawun, adil dan telus dalam operasinya di samping bebas dari unsur-unsur riba.