Pameran Jin, Hantu Dan Keranda, Pameran Alam Misteri Serta Yang Berkaitan Dengannya (Selangor)
Pameran Jin, Hantu dan Keranda, Pameran Alam Misteri serta yang berkaitan dengannya adalah ditegah oleh Islam kerana ia boleh mendatangkan mudharat pada akidah umat Islam. Manusia tidak dapat mencapai hakikat sebenar alam misteri, jin dan hantu. Umat Islam tidak seharusnya dididik dengan perkara-perkara khurafat dan tahyul seumpama ini.