JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Hukum Khatan Bagi Pesakit Heamophilia Dan Kanak-Kanak Cacat Akal

Kategori: Perubatan
Tahun: 2007
Status Pewartaan: Diwartakan
Negeri: Selangor
Keputusan
:

(1) Pesakit heamophilia tidak diwajibkan berkhatan kerana proses khatan boleh membawa mudharat kepada pesakit. Walaubagaimanapun, aspek taharah bagi pesakit heamophilia perlu dipelajari dan diberi perhatian khusus oleh pesakit berkenaan untuk memastikan kesempurnaan bersuci dan kesahihan ibadah.


(2) Bagi kanak-kanak yang cacat akal, kewajipan berkhatan adalah bergantung kepada tahap kecacatan otak yang dialaminya. Gugur semua kewajipan melaksanakan ibadah termasuk berkhatan ke atas kanak-kanak yang mengalami kecacatan otak yang teruk. Ahli keluarga kanak-kanak berkenaan perlu memastikan kebersihan anggota kanak-kanak tersebut dijaga dengan baik.

Klik disini untuk mencetak