JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Hukum Menggunakan Alat Bantuan Untuk Tujuan Hubungan Kelamin

Kategori: Munakahat
Tahun: 2007
Status Pewartaan: Diwartakan
Negeri: Selangor
Keputusan
:

Harus menggunakan alat bantuan untuk tujuan hubungan kelamin bagi suami dan isteri dengan syarat berikut:


(1) Tidak mendatangkan kemudaratan dari segi fizikal ataupun mental sama ada dalam jangka masa pendek atau panjang;


(2) Alat yang digunakan bukan dari bahan yang najis;


(3) Hendaklah ada persetujuan bersama di antara suami dan isteri; dan


(4) Digunakan untuk tujuan kebaikan bagi perkara yang diharuskan oleh syara' sahaja.

Klik disini untuk mencetak