JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Kumpulan Black Metal Serta Langkah Menanganinya

Kategori: Akidah
Tahun: 2007
Status Pewartaan: Diwartakan
Negeri: Selangor
Keputusan
:

(1) Amalan dan perbuatan kumpulan Black Metal, Heavy Metal, Proto Metal, Doom Metal, Power Metal, Speed Metal, Thrash Metal, Death Metal dan Progressive Metal adalah sesat dan bercanggah dengan ajaran Islam.


(2) Antara ciri-ciri kesalahan yang diamalkan adalah seperti berikut:


Dari segi akidah


i. Memijak Al-Quran;

ii. Memuja Iblis dan syaitan;

iii. Beramal dengan fahaman tiada agama (Free Thinker);

iv. Anti Ketuhanan; dan

v. Mengaku telah murtad.


Dari segi syariah


i. Membakar Al-Quran dan menghina Al-Quran;

ii. Mendakwa diri sebagai pengikut syaitan;

iii. Melakukan upacara meditasi dan pesta puja api;

iv. Meminum arak;

v. Mengamalkan seks bebas;

vi. Menggalakkan amalan bunuh diri; dan

vii. Menggalakkan pembunuhan.


Dari segi akhlak


i. Suka kepada muzik berbentuk heavy metal, ganas dan liar di samping mengagungkan syaitan dan memuja roh;

ii. Minum darah binatang yang dibunuh dengan kejam sebagai simbolik anti ketuhanan dan semua agama;

iii. Berpakaian tidak senonoh dan memakai aksesori seperti rantai salib terbalik dan pentagram, melukirkan parut di bawah dagu yang ditoreh dengan duit syiling;

iv. Suka berfoya-foya seolah-olah tiada pegangan agama dan pergaulan bebas di antara lelaki dan perempuan serta mengamalkan seks bebas; dan

v. Menghisap dadah.


(3) Oleh itu, umat Islam diminta menjauhi kumpulan tersebut kerana perbuatan dan amalan mereka boleh menyebabkan seseorang itu terkeluar daripada Islam serta tindakan undang-undang yang sewajarnya boleh diambil ke atas mereka.

Klik disini untuk mencetak