JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Zakat Ke Atas Pendapatan Felda dan Syarikat-syarikatnya

Kategori: Zakat
Tahun: 2007
Status Pewartaan: Diwartakan
Negeri: Selangor
Keputusan
:

(1) FELDA wajib mengeluarkan zakat ke atas hasil pendapatannya dengan mengambilkira pendapatan anak-anak syarikat, sekiranya semua urusan ke atas pemilikan ekuiti dan akaun pendapatan anak-anak syarikat dikawal oleh FELDA sendiri.


(2) Walau bagaimanapun, sekiranya pendapatan anak-anak syarikat FELDA diuruskan melalui akaun yang berasingan, maka anak-anak syarikat tersebut wajib mengeluarkan zakat pendapatannya secara berasingan.

 

Klik disini untuk mencetak