JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Bersumpah Menurut Islam

Kategori: Sosial/Syariah
Tahun: 2009
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Sarawak
Keputusan
:

Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak Kali Ke Enam Belas, yang bersidang pada / 4 November 2009M telah membincangkan mengenai Hukum Bersumpah Menurut Islam. Mesyuarat telah membuat keputusan sebagai keterangan hukum seperti berikut:

 

Hukum asal bersumpah adalah makruh tetapi ia boleh menjadi sunnah, harus, wajib dan haram, bergantung kepada keadaan;

 

  • Haram : apabila bersumpah untuk melakukan perkara yang haram, atau meninggalkan yang wajib atau bersumpah dusta ke atas sesuatu.


  • Wajib : apabila tiada jalan selain bersumpah untuk memberi pengajaran kepada orang yang zalim dan untuk menegakkan kebenaran.


  • Sunat : sekiranya bersumpah itu menjadi wasilah ke atas orang-orang yang mendengar, dan menjadi penyebab mereka membenarkan sesuatu peringatan dan sebagai nasihat ke atas mereka.


  • Harus : sekiranya bersumpah untuk melakukan perkara ketaatan, serta menjauhi perkara maksiat, atau untuk mendorong melakukan ke arah kebenaran atau untuk memberi peringatan.
Klik disini untuk mencetak