JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Pengurusan Al-Quran, Kitab-Kitab Tafsir Dan Bahan-Bahan Yang Mengandungi Ayat-Ayat Al-Quran Yang Tidak Boleh Digunakan.

Kategori: Sosial/Syariah
Tahun: 2000
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Terengganu
Keputusan
:

Mesyuarat bersetuju pada dasarnya menerima draf 'Panduan pengurusan al-Quran, Kitab-kitab tafsir dan bahan-bahan yang mengandungi ayat-ayat al-Quran yang tidak digunakan' yang disediakan oleh Timbalan Mufti (Ustaz Zainal Abidin bin Ahmad) tanpa sebarang pindaan.


Draf panduan berkenaan ialah:


1. Sebarang mashaf, kitab tafsir dan bahan-bahan yang mengandungi ayat-ayat al-Quran yang sudah lusuh atau yang terdapat di rumah-rumah orang Islam hendaklah dibawa ke masjid yang berdekatan dan menyerahkan kepada mana-mana pegawai masjid berkenaan untuk dikumpulkan.


2. Setiap daerah memilih kawasan masjid yang sesuai sebagai tempat pelupusan.


3. Pegawai Agama Daerah bertanggungjawab sepenuhnya terhadap pelupusan itu dengan melantik pegawai tertentu untuk menyelia kerja-kerja pelupusan tersebut.


4. Masa dan tarikh pelupusan terserah kepada budi bicara Pegawai Agama setiap daerah.


5. Cara pelupusan ialah dengan menggali sebuah lubang yang sesuai dimasukkan bahan-bahan yang akan dilupuskan kemudian dimasukkan bahan kimia tertentu, atau dibakar, stelah dipastikan bahan-bahan tersebut sudah selesai dilupuskan lubang tersebut ditimbus.


6. atau menyediakan tong yang sesuai, dimasukkan bahan-bahan yang akan dilupuskan kemudian dibakar, debunya ditimbus atau dibawa ketempat-tempat yang sewajarnya.

Klik disini untuk mencetak