JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Penggunaan Lafaz-Lafaz Yang Kurang Jelas Dengan Tujuan Jampi-Jampi

Kategori: Akidah
Tahun: 1993
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Terengganu
Keputusan
:

Berdasarkan persoalan yang dikemukakan di dalam para 1 (a), (b) dan (c) Jawatankuasa berpendapat menggunakan lafaz-lafaz dan perkataan-perkataan yang kurang jelas ertinya serta tidak sahih sebutan bacaannya hendaklah dijauhi kerana dibimbangkan membawa kepada kerosakan akidah.


Jawatankuasa berpendapat menggunakan ayat al-Quran atau huruf-huruf Arab sebagai tangkal azimat untuk tujuan perubatan dan lain-lain pada dasarnya tidaklah salah, walau bagaimanapun dibimbangkan penggunaannya itu akan membawa kepada terhina dan tercemar kesucian al-Quran maka adalah haram.


Jawatankuasa berpendapat menggunakan rajah-rajah, dan huruf-huruf tertentu untuk lariskan perniagaan sekiranya ianya merupakan suatu kepercayaan yang boleh merosakan akidah adalah haram.


Jawatankuasa berpendapat menggunakan debu lintah bagi perubatan adalah diharuskan sekiranya keadaan memerlukan dan tidak membawa kepada kemudaratan.

 

Klik disini untuk mencetak