Fatwa Terhadap Golongan Anti Hadis
Jawatankuasa Fatwa Negeri Terengganu yang bersidang pada hari ini setelah meneliti dan membincangkan kertas Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia bertajuk Fatwa terhadap golongan anti hadis, maka berdasrkan fakta-fakta yang dikemukakan, jawatankuasa dengan sebulat suara memutuskan bahawa :-
1. Buku bertajuk :-
i) 'Hadis satu penilaian semula' dan 'hadis jawapan kepada pengkriktik' yang kedua-duanya ditulis oleh Kasim Ahmad ;
ii) 'Pendedahan kebenaran adalahdari tuhanmu-hadis didalam Al-Quran' yang ditulis oleh Idris Abdul Rahman.
iii) 'Bacaan' yang ditulis oleh Osman Ali, dan
iv) 'The Computer Speaks - God"s Message To Tha World', yang ditulis oleh Dr. Rashad Khalifah ; dan
2. Risalah 'Iqra"' terbitan Jamaah Al-Quran Malaysia ;
Adalah mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan aqidah, syariat dan akhlak Islam. Ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku tersebut, antara lain - menolak hadis sahih ( iaitu hadis yang disahkan bersumber daripada Rasulallah s.a.w ) sebagai sumber aqidah dan perundangan Islam, menghina kedudukan Rasulallah s.a.w dan menghina Al-Quran dengan mempertikaikan kesahihan serta memesongkan pengertian sebenar ayat-ayat Al-Quran tersebut.
Bahawa orang dan kumpulan orang yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku dan risalah yang disebut terdahulu adalah orang atau kumpulan orang yang sesat dan bertentangan dengan aqidah, syariat dan akhlak Islam.
Oleh yang demikian :
(1) Mana-mana orang atau kumpulan orang yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku 'hadis satu penilaian semula' , 'hadis jawapan kepada pengkritik', 'pendedahan kebenaran adalah dari tuhanmu-hadis didalam al-quran', 'bacaan' , 'The computer speaks-god"s message to the world' atau risalah Iqra" adalah murtad.
(2) Mana-mana orang Islam adalah dilarang :
a) Untuk mengajar, mempelajari, mengamalkan, berpegang kepada atau menyebarkan ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku 'hadis satu penialaian semula' , 'hadis jawapan kepada pengkritik', 'pendedahan kebenaran adalah dari tuhanmu-hadis didalam al-qurana" , 'bacaan', 'The computer speaks-god"s message to the world' atau risalah Iqra" ;
b) Untuk mencetak, menerbit, memiliki , membiarkan , menyebarkan , atau mengedarkan buku 'hadis satu penilaian semula' , 'hadis jawapan kepada pengkritik', 'pendedahan kebenaran adalah dari tuhanmu-hadis didalam al-quran', 'bacaan' , 'The computer speaks-god"s message to the world' atau risalah Iqra" atau mana-mana bahagiannya termasuk :
(i) Apa-apa bentuk , versi . atau variasinya ;
(ii) Apa-apa terjemahan dalam apa-apa bahasa ;
(iii) Apa-apa bahan publisiti yang bertujuan memberikan publisiti kepada mana-mana buku itu ;
Pada atau atas apa-apa bahan, sama ada bahan cetak atau elektronik atau selainya atau melalui apa-apa media ; atau
c) Untuk menjadi anggota atau pemimpin mana-mana kumpulan yang tersebut dalam perenggan (1) atau membantu dalam menghidupkan atau mengembangkan kumpulan sedemikian.