JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Pengharaman Ajaran Panjilangit

Kategori: Akidah
Tahun: 2012
Status Pewartaan: Diwartakan
Negeri: Melaka
Keputusan
:

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka Bil.5/2012 yang bersidang pada 20 Muharram 1434H bersamaan 4 Disember 2012 telah membincangkan Laporan Siasatan Bahagian Penyelidikan JAIM mengenai aktiviti meragukan di Surau Madrasah Tahfiz Kg. Tengkera mengenai pegangan, ajaran dan amalan Panjilangit. Mesyuarat telah membuat keputusan seperti berikut :


1.Amalan, fahaman dan ajaran Panjilangit yang dibawa oleh Mohd Jaafar bin Robani (Nombor Kad Pengenalan 670630-01-5657) dan pengikutnya didapati menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenar kerana mengandungi unsur-unsur yang bercanggah dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dari segi akidah dan syariah.


2.Antara ciri-ciri penyelewengan fahaman dan ajaran yang dibawa oleh Mohd Jaafar bin Robani adalah membuat dakwaan seperti berikut :


             a) mengakui dirinya benar-benar sempurna;

             b) meminta pengikut agar beriman dengan dirinya;

             c) dirinya sebagai pengantara Malaikat Jibrail;

             d) dirinya boleh mentafsir dosa orang yang datang berubat;

             e) dirinya diutuskan untuk membunuh Dajjal;

              f) dirinya sebagai pemegang takdir pembinasa Dajjal;

             g) dirinya itu adalah peringatan terakhir untuk alami ini; dan

             h) kiamat akan berlaku pada 21 Disember 2012.


3.Setiap orang Islam adalah dilarang untuk mengajar, mempelajari, mengamalkan atau menyebarkan ajaran dan fahaman tersebut dalam apa-apa jua bentuk dan cara.


4.Orang Islam di mana-mana jua berada, yang telah mengamalkan ajaran dan fahaman Panjilangit hendaklah segera bertaubat dan meninggalkan ajaran tersebut serta memohon keampunan kepada Allah Subhanahu Wataa'ala.

 

 

Klik disini untuk mencetak