JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Mayat Mangsa AIDS Dan Skim Simpanan Premium

Kategori: Lain-lain
Tahun: 1992
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Terengganu
Keputusan
:

YM Dato" Pengerusi memaklumkan beberapa perkara yang telah dibincang dalam Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan, antaranya :-


(a) Pengendalian mayat mangsa AIDS. Setelah Jawatankuasa Fatwa mendengar penjelasan daripada pihak Jabatan Kesihatan maka didapati tidak ada sebab orang-orang Islam yang mengalami AIDS tidak dimandikan. Mayat pesakit AIDS sama dengan mayat orang-orang Islam lain hendaklah dimandi, dikafan dan disembahyangkan.


(b) Skim Simpanan Premium di dalam Bank Simpanan Nasional. Skim ini dibuat dalam bentuk orang ramai membeli sijil. Di dalam perkara ini keuntungan sepatutnya hak penyimpan oleh itu dalam amalan sekarang sebahagian keuntungan dibahagi kepada penyimpan dan sebahagiannya dijadikan hadiah. Setelah dikaji Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan membuat keputusan iaitu harus disimpan di dalam Sijil Premium itu.

Klik disini untuk mencetak