JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Pengkid

Kategori: Sosial/Syariah
Tahun: 2010
Status Pewartaan: Diwartakan
Negeri: Kedah
Keputusan
:

Bahawasanya berdasarkan keputusan yang telah diputuskan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (Jawatankuasa Muzakarah MKI) Kali Ke-83, maka inilah diputuskan Fatwa untuk diguna pakai di negeri Kedah Darul Aman seperti yang berikut:


  • Bahawa pengkid, wanita dengan imej, penampilan dan berpewatakan seperti lelaki adalah haram di sisi Islam.


  • Hukum Pengkid adalah haram di sisi Agama Islam kerana wanita yang menyerupai lelaki adalah dilaknat oleh Allah s.w.t dan Rasulallah s.a.w kerana pengkid ini meniru dan menyerupai (tasyabbuh) jantina yang berlawanan dengan jantina asal atau sifat semulajadi mereka.


  • Perlakuan dan aqidah ini perlu ditegah dan disekat di negeri Kedah Darul Aman jika seseorang wanita itu mempunyai/menyerupai lelaki dari aspek fizikal, gaya, rambut, perhiasan, penampilan, cara bercakap, cara berpakaian dan keinginan nafsu atau naluri seksual sesama jantina (lesbian).


  • Oleh itu, ibu bapa dan masyarakat Islam perlu memberi perhatian serius terhadap gejala sosial ini serta menekankan pendidikan Islam dan tunjuk ajar yang sempurna kepada anak-anak gadis khususnya dalam aspek berpakaian, perlakuan dan penampilan supaya gejala pengkid ini dapat dielakkan dan dibanteras kerana ia berlawanan dengan fitrah dan sunnatullah.



Klik disini untuk mencetak