Permainan Mak Yong
Permainan Mak Yong mengandungi unsur-unsur yang bertentangan dengan tuntutan agama Islam dengan adanya pergaulan lelaki dan perempuan, kata-kata tidak sopan dan bertentangan dengan nilai kesopanan. Maka jawatankuasa ini berpendapat permainan mak Yong tidak boleh diberi kebenaran.
Soal membayar niat dengan permainan Mak Yong tidak diharuskan oleh syara' kerana berniat/bernazar hanya diharuskan kepada perkara-perkara kebajikan.