Cara Niat Zakat Melalui Borang Pungutan Gaji
Lafaz dan cara niat zakat gaji yang terdapat dalam 'Borang Pungutan Gaji' adalah seperti berikut :
i. Lafaz : 'Inilah sebahagian wang zakat yang wajib ke atas saya bagi tahun ini sebanyak _____________________(setahun) kerana Allah Taala.'
ii. Masa berniat : Ketika mengisi borang potongan gaji, setahun sekali.
Lafaz dan cara berniat ini berpandukan kepada cara yang diamalkan oleh-oleh negeri-negeri Selangor, Wilayah Persekutuan dan Pulau Pinang.
Mesyuarat bersetuju supaya Urusetia Jawatankuasa Fatwa mendapatkan penjelasan lebih lanjut daripada Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia tentang kejituan cara berniat seperti di atas. Kerana niat hanya sekali, sedangkan potongan sebulan sekali dalam masa setahun (12 kali).