JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Membendung Pengaruh Syiah Di Malaysia

Kategori: Akidah
Tahun: 1996
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Terengganu
Keputusan
:

 

Jawatankuasa Fatwa yang bersidang pada hari ini setelah meneliti kertaskerja mengenai perkara di atas yang disediakan oleh Pusat Penyelidikan Islam Kuala Lumpur mengambil keputusan :-


1. Bersetuju supaya keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa (Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Islam Malaysia) yang telah diadakan pada 24 & 25 september 1984 ( kertas bilangan 84/8/2), perkara (2).2.4 ) mengenai aliran syiah yang menetapkan seperti berikut :-


'Setelah berbincang dan menimbang kertas kerja ini jawatankuasa telah mengambil keputusan bahawa hanya mazhab syiah dari golongan Az-Zaidiah dan Jaafariah sahaja yang diterima untuk diamalkan di Malaysia'. DIMANSUHKAN


2. Menetapkan bahawa umat Islam di Malaysia hendaklah hanya mengikut ajaran Islam yang berasaskan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dari segi aqidah, syariah dan akhlak.


3. Menyokong dan menerima cadangan pindaan perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri-negeri bagi memperuntukan dengan nyata bahawa agama bagi Persekutuan dan Negeri-negeri hendaklah agama Islam yang berasaskan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dari segi aqidah, syariah, dan akhlak.


4. Memperaku ahli Sunnah Wal Jamaah dari segi aqidah, syariah dan akhlak.


5. Memperaku pindaan kepada semua undang-undang negeri yang berhubung dengan hukum syarak bagi menyelaraskan taarif 'hukum syarak' atau 'undang-undang Islam' seperti berikut :-

'Hukum Syarak' atau 'undang-undang Islam' ertinya undang-undang Islam yang berasaskan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamah dari segi aqidah, syariah dan akhlak.


6. Memperaku bahawa ajaran Islam yang lain daripada pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah bercanggah dengan hukum syarak dan undang-undang Islam ; dan dengan demikian penyebaran apa-apa ajaran yang lain daripada pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah dilarang.


7. Menetapkan bahawa semua umat Islam di Negara ini adalah tertakluk kepada undang-undang Islam dan hukum syarak yang berasaskan pegangan kepada ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah sahaja.


8. Menetapkan bahawa penerbitan, penyebaran apa-apa buku, risalah, filem, video dan lain-lain berhubungan dengan ajaran Islam yang bertentangan dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah di haramkan.

Klik disini untuk mencetak