JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Tindakan Penguatkuasa Menangkap/Mengkompaun Kes Tidak Sembahyang Jumaat.

Kategori: Jenayah
Tahun: 1999
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Terengganu
Keputusan
:

Setelah meneliti maksud soalan berdasarkan kedua-kedua contoh kes, mesyuarat bersetuju memutuskan:-


a) Wanita boleh digunakan operasi menangkap/mengkompaun kes tidak sembahyang Jumaat.


b) Empat orang wanita boleh menjadi saksi di Mahkamah Syariah kerana ketiadaan orang lelaki ketika sembahyang Jumaat didirikan boleh dikategorikan sebagai darurat.


c) Tiada halangan kepada Pegawai Penguatkuasa menjalankan tugas sekiranya beliau berada dalam keadaan musafir yang tidak wajib menunaikan sembahyang Jumaat.

 

Klik disini untuk mencetak