Tarekat Naqsyambandiyyah Qadirun Yahya
Setelah meneliti penjelasan terhadap Tarekat Naqsyanbandiyyah pimpinan Profesor Qadirun Yahya yang disediakan oleh bahagian Hal Ehwal Islam Jabatan Perdana Menteri jawatankuasa ini mengambil keputusan mengharamkan Tarekat Naqsyambandiyyah yang dibawa oleh Profesor tersebut kerana terdapat huraian yang bercanggah dengan ajaran dan Aqidah Islamiyyah. Orang ramai adalah diingatkan supaya berhati-hati sebelum terlibat beramal dengan tarekat bagi mengelakkan dari pembawaan yang salah yang boleh menjejaskan aqidah.