JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Takrif Muallaf Dan Had Kemuallafan

Kategori: Sosial/Syariah
Tahun: 2013
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Terengganu
Keputusan
:

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Terengganu Kali Ke Tiga Penggal Ke Sepuluh yang bersidang pada 13 Mac 2013 bersetuju dengan keputusan sebagaimana berikut :

 

Takrif Mualaf

 

Ulama di kalangan mazhab al-Syafi’iah menyatakan bahawa mualaf adalah mereka yang baharu memeluk Islam.

 

Had Tempoh Panggilan Mualaf

 

Had tempoh kemuallafan bergantung kepada uruf yang dicadangkan ialah tiga tahun. Jika sekiranya mereka masih miskin, maka zakat diberikan mengikut asnaf fuqara dan masakin.

 

Sekali lagi ditegaskan bahawa sudah sampai masanya tempoh had mualaf dikira selama TIGA TAHUN SAHAJA berdasarkan perkembangan semasa.

 

 

Klik disini untuk mencetak