JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Zakat Padi Yang Dikendalikan Secara Mini Estet Oleh Pertubuhan Peladang

Kategori: Zakat
Tahun: 1994
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Terengganu
Keputusan
:

Perbincangan :


Persoalan yang ditimbulkan ialah Projek Mini Estet Padi. Cara-cara perlaksanaan projek tersebut adalah seperti berikut :-


1. Pihak Pengurusan Projek : Pertubuhan Peladang kawasan Maras/Batu Rakit.


2. Tuan Tanah : Ahli-Ahli Pertubuhan Peladang kawasan Maras/Batu Rakit.


i. Tuan-tuan tanah memberi kuasa kepada Pertubuhan Peladang kawasan bagi mengusahakan tanaman padi bagi satu tempoh tertentu ( contoh : 3 tahun ).


ii. Segala perbelanjaan Pengurusan Projek seperti kos benih, baja, racun,upah bajak,upah cedung dan sebagainya ditanggung oleh Pertubuhan Peladang kawasan.


iii. Sawah padi tersebut mendapat belalan air dari tali air yang disediakan oleh pihak kerajaan ( Jabatan Pengairan dan Saliran )


iv. Setelah padi mengeluarkan hasil, Pertubuhan Peladang kawasan akan menjual padi tersebut ke kilang. Hasil dari jualan padi tadi alan ditolak kos pengurusan oleh Pertubuhan Peladang Kawasan. Lebihan dari hasil tadi akan diserahkan kepada tuan tanah setelah Pertubuhan Peladang kawasan mengambil 10% dari lebihan tadi sebagai upah pengurusan.


v. Pembahagian hasil adalah berdasarkan kepada hasil yang diperolehi dari petak sawah individu.


Contoh :


Tuan tanah : Encik Ali bin Ahmad.

Keluasan tanah : 1 ekar.

1. Perbelanjaan pengurusan tanaman padi bagi 1 ekar RM 510.00

2. Pendapatan hasil padi bagi 1 ekar

Bagi 20 guni (520 gantang) RM 920.00

3. Keuntungan = RM 920.00 - RM 510.00 RM 410.00

4. Upah pengurusan (10%) - RM 410.00 x 10% RM 41.00

5. Hasil diserah kepada Encik Ali RM 410 - RM 41.00 RM 369.00


Soalan :


Bagaimanakah caranya zakat padi tersebut hendak dikeluarkan. Siapakah yang bertanggungjawab mengeluarkan zakat dan berapakah kadarnya.


Keputusan :


Di dalam persoalan di atas Jawatankuasa berpendapat apa yang dilaksanakan itu adalah tidak selaras dengan hukum syarak.


Untuk menyelaraskan program Mini Estet itu dengan hukum syarak adalah disyorkan supaya tanah yang diusahakan itu disewa daripada tuan punya tanah. Apabila padi dituai dan jika cukup nisabnya iaitu 600 gantang Madinah atau yang bersamaan dengannya hendaklah dikeluarkan zakatnya di atas kadar 1/20, sekiranya usaha penanaman tersebut menelan belanja yang besar, sebaliknya jika usaha-usaha penanaman itu tidak menelan belanja yang besar kadarnya ialah 1/10.


*Mesyuarat berpendapat mereka yang bertanggungjawab mengeluarkan zakat ialah penyewa tanah.


*Mesyuarat berpendapat kadar nisab padi 375 gantang Malaysia bersamaan 1364 kilogram.

 

Klik disini untuk mencetak