JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Zakat Padi

Kategori: Zakat
Tahun: 1988
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Terengganu
Keputusan
:

Mesyuarat bersetuju menerima kertas kerja mengenai kaedah/cara kutipan zakat padi di daerah Besut yang disediakan oleh Nazir Zakat.


Mengenai cadangan yang dikemukakan di dalam kertas kerja tersebut sebagaimana ""6.1.1' dan '6.1.2' kedua-duanya diterima - iaitu;


'6.1.1' petani boleh terus mengira kadar padi masing-masing sejak di padang (di sawah) lagi dan mengeluarkan zakat kepada amil kerana para petani boleh mengira kadar zakat yang dikenakan ke atas mereka berdasarkan bilangan guni padi yang dapat dihasilkan, bagi setiap guni sudah dapat ditafsirkan timbangannya kerana Lembaga Padi dan Beras Negara menetapkan pada lazimnya berat timbangan bagi satu guni padi ialah dalam lingkungan 70-60 kilogram sahaja. Amil boleh pula menjual padi zakat tadi kepada petani dan petani kemudiannya bolehlah menjual padi itu kepada Lembaga Padi dan beras Negara sebagaimana petunjuk berikut :-


Petani - Amil - Petani - Lembaga Padi dan Beras Negara.

( Petani dapat subsidi )


'6.1.2' setelah ditentukan kadar zakat padi - petani mengeluarkan zakat padinya kepada amil dan amil boleh terus menjual padi kepada Lembag Padi dan Beras Negara sebagaimana berikut :-


Petani - Amil - Lembaga Padi dan Beras Negara.

(Amil dapat subsidi)

Klik disini untuk mencetak