JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Zakat Pertanian

Kategori: Zakat
Tahun: 1990
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Terengganu
Keputusan
:

Jawatankuasa ini berpendapat bahawa tanah-tanah yang mendapat siraman air daripada parit-parit dan tali air maka kadar zakatnya adalah 1/10 ( satu persepuluh ) kerana orang yang menanam di atas tanah itu tidak mesti bersusah payah dan tidak pula berhajat kepada apa-ap tenaga untuk mendapatkan air. Tentang bayaran yang dibayar kepada kerajaan sebagai cukai yang dinamakan cukai tali air maka kadarnya tidak membebankan dan dengan itu tidak mengubahkan kadar zakat yang ditetapkan itu.


Zakat tanaman bagi tanah yang disewa, Jawatankuasa ini berpendapat bahawa bayaran sewaan terhadap tanah yang diusahakan tidak boleh ditolak dari hasil tanaman yang dikenakan zakat kerana zakat itu dikenakan ke atas hasil tanaman.


Bayaran subsidi oleh LPN samada termasuk dalam tafsiran zakat atau tidak, Jawatankuasa ini berpendapat bahawa bayaran subsidi yang dikeluarkan oleh LPN semasa penjualan padi itu tidak termasuk dalam tafsiran zakat.


Mengeluarkan zakat tanaman dengan wang tunai sebagai ganti, Jawatankuasa ini berpendapat bahawa mengeluarkan zakat tanaman dengan harga adalah tidak memadai (tidak sah).

 

Klik disini untuk mencetak