JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Penyediaan Kios Perbankan Elektronik Di Masjid

Kategori: Sosial/Syariah
Tahun: 2012
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Pulau Pinang
Keputusan
:

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang Bil. 1/2012 yang bersidang pada 26 Januari 2012 telah melulus dan membenarkan penyediaan Kios Perbankan Elektronok di masjid-masjid Pulau Pinang dengan beberapa syarat, demi menjaga kesucian institusi masjid kerana dibimbangi terdapat para pelanggan yang tidak menutup aurat atau tidak mematuhi etika berpakaian, iaitu:


(i) Kuanter untuk tujuan transaksi kios perbankan hendaklah berada di Iuar kawasan masjid manakala bahagian lain kios perbankan boleh berada di dalam kawasan masjid.


(ii) Transaksi bagi kios perbankan mestilah hanya melibatkan perbankan Islam sahaja.


 

 

Klik disini untuk mencetak