JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Wang Zakat Untuk Bantuan Kepada Pesakit Buah Pinggang

Kategori: Zakat
Tahun: 1999
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Terengganu
Keputusan
:

Mesyuarat bersetuju menjadikan supaya Pesuruhjaya Hal Ehwal agama Islam membuat pembelian secara hutang terlebih dahulu. Kemudian hutang ini dibayar oleh Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu melalui wang zakat Sinf al-Gharimin. Sekiranya baki wang dalam Sinf ini tidak mencukupi ia boleh diambil (dirad) daripada Sinf-sinf yang lain seperti Sinf ar-Riqaab atau Mualaf jika masih banyak berbaki.


Alat yang akan dibeli dan diserahkan kepada hospital itu hendaklah dicatatkan sebagai sumbangan daripada Majlis.

Klik disini untuk mencetak