JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Masjid Pelancongan

Kategori: Sosial/Syariah
Tahun: 2011
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Pulau Pinang
Keputusan
:

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang Bil. 5/2011 yang bersidang pada 28 September 2011 telah membincangkan mengenai Hukum Berkaitan Masjid Pelancongan. Mesyuarat memutuskan:


(i) Bersetuju menggunapakai Hukum Pelancong Bukan Islam Memasuki Masjid Dan Ruang Solat Utama di Dalam Masjid iaitu "bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan sentiasa terkawal dan beradab".


(ii) Bersetuju menggunapakai Garis Panduan Pelancongan Dan Lawatan Ke Masjid yang telah disediakan oleh Jabatan Kemajuan lskam Malaysia (JAKIM).

Klik disini untuk mencetak