JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Wakaf Skim Tunai Terengganu

Kategori: Sosial/Syariah
Tahun: 2007
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Terengganu
Keputusan
:

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa yang bersidang pada hari ini membuat keputusan bahawa: Bersetuju dengan perlaksanaan Skim Wakaf Tunai Terengganu dan seterusnya mengesyorkan :


i. Supaya syarat minimum RM 10.00 tidak dikenakan. Ini bermakna mana-mana orang boleh menyumbang seberapa banyak wang untuk disumbangkan kepada Majlis untuk membeli Harta Wakaf.


ii. Penyertaan wang berjumlah RM 10.00 dan ke bawah darinya dalam Skim ini tidak perlu dikeluarkan sijil.


iii. Sighah lafaz dipinda kepada lafaz : Saya mewakilkan kepada MAIDAM untuk mewakafkan mana-mana harta kekal melalui cek/BankDraf/Wang Pos/Tunai di atas nama Skim Wakaf Tunai Terengganu sebanyak RM .......................... untuk diri saya/ Almarhum/ Almarhumah/ .......................................... demi kebajikan dan kepentingan Agama Islam dan umatnya kerana Allah (s.w.t) selama-lamanya.

Klik disini untuk mencetak