Sembahyang Jumaat Dalam Masa Bertugas Di Kilang Nankai Wested Spining Terengganu Sdn. Bhd Di Gong Badak.
Setelah diberi penjelasan oleh dua pegawai daripada syarikat yang tersebut mengenai perjalanan kilang dan giliran bertugas mana melibatkan 10 orang tidak dapat sembahyang jumaat dalam tempoh sebulan satu kali. Maka jawatankuasa mengambil keputusan seperti berikut :-
i) Hukum menghadiri sembahyang jumaat adalah fardhu ain ke atas orang Islam kecuali bagi mereka yang uzur syarie.
ii) Jawatankuasa ini berpendapat sekiranya pekerja kilang diatas tidak dapat hadir sembahyang jumaat disebabkan giliran bekerja pada hari jumaat dan tugas tidak mengizinkan dia meninggalkan kilang dan dia ada pilihan mendapat kerja lain adalah dikira uzur syarie.