JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Hukum Memakan Sotong Yang Dimasak Tanpa Dibuang Pasinya (Cecair Hitam)

Kategori: Haiwan
Tahun: 2011
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Terengganu
Keputusan
:

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Terengganu Kali Ke Lima Penggal Ke Sembilan yang bersidang pada 7 Disember 2011 bersetuju untuk mengekalkan keputusan fatwa yang telah dibuat oleh Allahyarham Syed Yusuf bin Ali Az-Zawawi ( Mufti pada tahun 1953 hingga 1975 ) iaitu pasi sotong adalah najis kerana cecair tersebut kotor dan berbau busuk jika dibiarkan lama. Cecair ini juga termasuk dalam kategori bahan kumuhan binatang dan orang yang mempunyai selera yang normal tidak akan memakan cecair (pasi) tersebut.

 

 

 

Klik disini untuk mencetak