JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Buku Aurad Muhammadiah Pegangan Darul Arqam

Kategori: Akidah
Tahun: 1988
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Terengganu
Keputusan
:

Jawatankuasa yang bersidang pada hari ini bersetuju memanjangkan kepada pihak berkenaan , keputusan Jawatankuasa Ulama" yang bersidang pada 15 Rejab 1407 bersamaan 15 Mac 1987 dan sekarang ini dikenali dengan Jawatankuasa Fatwa sepertimana berikut :


1. Setelah berbincang mengenai perkara di atas Jawatankuasa berpendapat bahawa Buku Aurad Muhammadiah pegangan Darul Arqam oleh Ustaz Haji Ashaari Muhammad keluaran penerangan Arqam cetakan kedua September 1986 ada mengandungi beberapa perkara yang bertentangan dengan kebenaran dan kenyataan diantara yang terpenting seperti berikut :


  • As-Syeikh As-Suhaimi berjumpa Rasulallah s.a.w dalam masa jaga sewaktu berada didalam kaabah.
  • As-Syeikh As-Suhaimi menerima wirid daripada Rasulallah s.a.w dalam perjumpaan sebagaimana diatas.
  • Menentukan As-Syeikh As- Suhaimi sebagai Imam Mahadi.
  • Dan lain-lain lagi.


2. Jawatankuasa berpendapat sekiranya kefahaman ini dibiarkan maka akan merebaklah kepada orang-orang awam dan boleh merosakkan akidah mereka itu yang boleh membawa kepada mereka. Dan untuk mengelakkan berlaku perkara yang demikian itu maka hendaklah buku Aurad Muhammadiah itu diharamkan.

 

Klik disini untuk mencetak