JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Sistem Zakat Secara Korporat

Kategori: Zakat
Tahun: 1993
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Terengganu
Keputusan
:

Setiausaha memaklumkan bahawa Setiausaha Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu telah menulis surat kepadanya memaklumkan iaitu mesyuarat Jawatankuasa Zakat, Wakaf dan Baitulmal yang bersidang pada 24 Disember 1992 telah bersetuju memohon kerjasama Jawatankuasa Fatwa memberi pandangan dari segi hukum syarak mengenai cadangan mewujudkan sistem zakat secara korporat di bawah kelolaan satu badan pengurusan di peringkat kebangsaan.


Mengenai persoalan ini pandangan Jawatankuasa ialah buat pada masa ini sistem yang ada sekarang mampu mentadbirkan zakat dengan baik dan tidak perlu dijalankan secara korporat.

 

Klik disini untuk mencetak