Sewaan Pokok Di Atas Tanah Wakaf/Baitulmal
Jawatankuasa berpendapat:-
(i) Tanah Wakaf atau Baitulmal harus disewa untuk diusahakan.
(ii) Hasil-hasil tanaman di atas tanah wakaf atau Baitulmal seperti pokok duku, kelapa, dan lain-lain buah-buahan hendaklah dijual dengan menurut syarat-syarat yang ditentukan oleh syarak dan tidak sah lagi tidak harus disewa atau dipajak.