Pertandingan Ratu Cantik
Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang Bil. 2/2012 yang bersidang pada 29 Mac 2012 telah membincangkan mengenai Pertandingan Ratu Cantik. Mesyuarat memutuskan bahawa penyertaan umat Islam dalam pertandingan ratu cantik adalah haram di sisi agama Islam dan boleh dikenakan tindakan mengikut undang-undang yang telah termaktub. Oleh itu umat Islam adalah dilarang :
(a) Menyertai atau:
(b) Menganjur atau;
(c) Mengiklan atau;
(d) Terlibat dalam apa-apa aktiviti yang berkaitan dengannya.
Tarikh Warta: 11 Mei 2017
No. Warta: 252