Syarikat Rufaqa’ Corporation Dan Rangkaian Syarikat Gabungannya (SRC)
Bahawasanya:
1. Jawatankuasa Fatwa Negeri Terengganu telah bersetuju dan memutuskan bahawa ajaran, pegangan dan fahaman yang dibawa dan dipegang oleh Haji Ashaari bin Mihammad dan pengikutnya termasuklah orang yang terlibat secara langsung dalam Syarikat Rufaqa’ Corporation dan rangkaian syarikat gabungannya adalah menyeleweng daripada ajaran Islam. Ciri- ciri penyelewengan tersebut bercanggah dari segi:
a. Kesalahan yangh bercanggah dengan aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah berdasarkan kepercayaan bahawa:
i. Haji Ashaari bin Muhammad adalah Sahibul Zaman, manakala Syeikh Muhammad as-Suhaimi pula sebagai Imam Mahdi.
ii. Haji Ashaari bin Muhammad mempunyai kelebihan meramal dan mengetahui perkara yang akan berlaku pada masa hadapan. Setiap ramalan tersebut dianggap oleh Ahli Jamaah Rufaqa’ Corporation Sdn. Bhd. Sebagai sebahagian daripada jadual Tuhan untuk memberi kemenangan kepada mereka.
iii. Haji Ashaari bin Muhammad mendapat ilmu secara langsung daripada Syeikh Muhammad as-Suhaimi dan Rasulallah s.a.w berkenaan perkara yang akan berlaku pada masa hadapan.
iv. Mujadid atau Sahibul Zaman (Haji Ashaari bin Muhammad) mendapat ilmu terus dari Allah (ilham, ilmu ladduni atau kasyaf) yang meliputi soal agama, hal ehwal semasa, pemerintahan, bina insan dan lain-lain. Ilham dari Tuhan yang datang kepadanya seperti sungai yang mengalir.
v. Ahli jamaah yang banyak menghayati minda Abuya (Haji Ashaari bin Muhammad) dan dapat melaksanakannya adalah orang yang paling kuat hubungan mental dengan Abuya.
vi. Minda Abuya (Haji Ashaari bin Muhammad) itu sebenarnya adalah wahyu dari Tuhan. Bagaimanapun, wahyu yang diturunkan kepada Abuya adalah 1/46 daripada kenabian.
vii. Allah hendak mengangkat kembali Islam di akhir zaman dengan menghantar Sahibul Zaman (Haji Ashaari bin Muhammad), Imam Mahdi (Syeikh Muhammad as-Suhaimi) dan Nabi Isa a.s yang telah tersedia oleh Allah untuk melaksanakan jadual Tuhan.
viii. Minda Abuya (Haji Ashaari bin Muhammad) difahami sebagai intisari kepada Quran dan Hadith dan Abuya adalah orang Tujan yang berupaya menyampaikan intisari tersebut kepada pengikutnya untuk diamalkan. Dengan itu, tidak perlu lagi merujuk kepada Quran dan Hadith kerana minda sudah lengkap.
ix. Perjuangan Ahli Jamaah Rufaqa’ Corporation Sdn. Bhd. Dibantu dan dilindungi oleh para Rijal Ghaib yang terdiri daripada para malaikat, jin Islam dan roh-roh Muqaddas (roh suci para ahli jamah yang telah meninggal dunia).
x. Bertawassul kepada Abuya (Haji Ashaari bin Muhammad) ketika menghadapi sesuatu kesulitan atau kecemasan. Abuya akan menghantar bantuan sama ada mengunakan jin Islam atau dengan karamahnya.
xi. Abuya (Haji Ashaari bin Muhammad) adalalah manusia yang hebat. Malahan, lebih hebat daripada kita yang mempunyai 10 orang ibu dan ayah kerana menurut mereka hubungan dengan ibu bapa hanya terbatas di dunia, sedangkan hubungan dengan Abuya kekal sehingga ke akhirat.
xii. Allah akan memberitahu Abuya (Haji Ashaari bin Muhammad) tentang musibah sakit yang dialami oleh Ahli Jemaah Syarikat Rufaqa’ Corporation Sdn. Bhd. Sekiranya sakit tersebut tidak tertanggung oleh Ahli Jamaah, Abuya boleh meminta agar Allah meringankan derita pada kadar yang mampu ditanggung oleh ahli jamaah.
xiii. Abuya (Haji Ashaari bin Muhammad) mempunyai kelebihan untuk menangguhkan ajal sekiranya ahli jamaah yang sampai ajal itu masih banyak dosa.
xiv. Abuya (Haji Ashaari bin Muhammad) boleh meminta Allah menggantikan ajal kepada ahli jamaah lain yang telah sempurna iman dan taqwa.
xv. Sewaktu ahli jamaah sedang nazak, Abuya (Haji Ashaari bin Muhammad) akan hadir dan berada di sebelah kanan kepala dengan mengajarkan talkin. Dengan itu, syaitan tidak akan menyesatkan ahli Jemaah berkenaan.
xvi. Sewaktu ahli Jamaah sedang disoal oleh malaikat di alam kubur, Abuya (Haji Ashaari bin Muhammad) akan datang dan menemani dan menjawab soalan malaikat bagi pihak ahli jamaah berkenaan terlepas seksaan kubur.
xvii. Sewaktu di padang masyar, Abuya (Haji Ashaari bin Muhammad) menunggu-nunggu umtuk memberikan syafaat kepada para pengikutnya.
b. Kesalahan yang bercanggah dengan Syariah Islamiyyah adalah berdasarkan kepada kepercyaan bahawa:
i. Ibadat sembahyang Jumaat pada mereka adalah tidak wajib kerana kerajaan yang ada sekarang bukan kerajaan Imam Mahdi. Apabila Imam Mahdi muncul dan mula membentuk kerajaan barulah ibadat sembahyang Jumaat menjadi wajib.
ii. Sahibul Zaman (Haji Ashaari bin Muhammad) tidak memerlukan kitab dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana ilmunya datang terus dari Allah dalam bentuk ilham.
iii. Orang yang berjuang dengan mempunyai minda Abuya (Haji Ashaari bin Muhammad) adalah lebih tinggi pahala dan darjatnya jika dibandingkan dengan mereka yang tidak mempunyai minda Abuya dalam perjuangan.
iv. Seorang ahli Ibadah (A’bid) hanya mampu menjadi hamba biasa kerana tidak mempunyai minda setaraf dengan wahyu dan tidak boleh menjadi khalifah.
v. Quran yang ada sekarang hanya tinggal mashaf dan lafaz sahaja. Roh quran telah ditarik balik oleh Tuhan dan hanya diberikan kepada kepada Mujaddid (Haji Ashaari bin Muhammad)
vi. Sembahyang sehari semalamam hanya tiga waktu sahaja iaitu Subuh, sembahyang jamak Zohor dan Asar serta jamak Maghrib dan Isyak.
vii. Segala amalan baik dunia tidak dapat menandingi amalan pengikut Abuya (Haji Ashaari bin Muhammad) walaupun seseorang itu besembahyang, berpuasa dan berpuluh kali menunaikan ibadat haji.
viii. Duduk semajlis dengan Abuya (Haji Ashaari bin Muhammad) pahalanya lebih tinggi daripada mengerjakan sembahyang selama 40 tahun atau sembahyang tahaju
sepanjang hayat.
ix. Beramal dengan Aurad Muhammadiah sebagai satu cara untuk menjaga hubungan hati atau rohani dengan Abuya (Haji Ashaari bin Muhammad). Dengan mengamalkan Aurad Muhammadiah, ahli Jemaah akan sentiasa dipantau dan dibimbing secara rohaniah oleh Abuya.
x. Amalan Aurad Muhammadiah akan terbatal sekiranya ahli jamaah melakukan dosa besar, tidak mengamalkannya tujuh hari berturut-turut, tidak taat dan yakin serta mengaibkan Abuya (Haji Ashaari bin Muhammad).
xi. Mengamalkan zikir agung yang terkandung di dalamnya unsur tawassul, menyeru roh orang yang telah mati serta mendakwa bahawa al-Syeikh Muhammad bin Abdullah as-Suhaimi sebagai Imam Mahdi.
c. Kesalahan yang bercanggah dengan akhlak dan etika bermasyarakat adalah berdasarkan kepada kepercayaan bahawa:
i. Ulama’ yang ada sekarang adalah ulama’ kitab atau ulama’ hafalan yang bergantung kepada kitab dan hafalan untuk mengajar, Manakala Sahibul Zaman pula, ilmunya datang terus dari tuhan.
ii. Orang yang menuntut ilmu agama sehingga ke PhDadalah tidak bermanfaat kerana ilmu yang dituntut itu bersumberkan kiatab lama dan ketinggalan zaman.
iii. Ilmu para ulama’ sekarang dengan mendakwa ilmu mereka tidak setanding dengan ilmu orang Tuhan (Haji Ashaari bin Muhammad).
iv. Allah melarang ulama’ yang berwatak Nabi berjuang melainkan setelah munculnya mujaddid yang berwatak Rasul.
2. Bahawa ajaran pegangan dan fahaman yang dibawa dan dipegang oleh Ahli Jamaah Syarikat Rufaqa/Corporatioan Sdn Bhd. Dan rangkaian syarikat gabungannya adalah menyeleweng daripada ajaran Islam.