Hukum Orang Islam Menyambut Perayaan Valentine's Day (Hari Kekasih)
Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka Bil. 1/2013 yang bersidang pada 26 Rabiul Awwal 1434H bersamaan 7 Februari 2013M telah membincangkan mengenai Hukum Orang Islam Menyambut Perayaan Valentine's Day (Hari Kekasih). Mesyuarat telah membuat keputusan seperti berikut:
1. Amalan merayakan atau meraikan Valentine's Day (Hari Kekasih) tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat sama ada dari segi akidah, syariah dan akhlak Islamiah adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam.
Oleh itu umat Islam adalah DILARANG daripada melibatkan diri di dalam meraikan hari tersebut.