JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Had Maksimum Upah Kutipan Amil Harta

Kategori: Zakat
Tahun: 2012
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Johor
Keputusan
:

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor yang bersidang pada 27 Jun 2012 telah membincangkan mengenai " Had Maksimum Upah Kutipan Amil Harta" 

 

Alhamdulillah fatwanya:

 

" Harus menurut hukum syarak pihak uli amri (pemerintah) membuat peraturan-peraturan berkaitan dengan pengurusan amil harta. Perkara ini adalah berdasarkan kepada kaedah fiqhiyah:

 

" ???? ?????? ??? ?????? ???? ???????? " 

Ertinya: " Tindakkan yang dilakukan oleh penguasa ( imam) ke atas masyarakat adalah mengandungi maslahah dan kepentingan umum.

 

Oleh itu, berdasarkan kepada usaha dan tugas amil harta dalam memastikan kutipan zakat negeri Johor meningkat dari semasa ke semasa, maka had maksimum bagi setiap transaksi amil harta dinaikkan dari RM20,000 kepada RM50,000. Manakala, kadar upah amil harta adalah tetap seperti sedia ada iaitu 1/16."

 

 ????? ???? ???????

 

Klik disini untuk mencetak